Wednesday, June 15, 2011

sabar


sepanjang hidup aku...dh 2 kali aku terima dugaan yg besar bg diri aku....mmg x pernah difikirkan benda2 camtu leh jadi tp itulah takdir namanya....dan aku....dgn penuh sabar menghadapi ujian yg diberi...Allah berikan ujian pd aku utk hapuskan dosa-dosa aku dan berikan pahala pd aku jika aku bersabar...jadi....apa salahnya jika SABAR itu dijadikan sbg pendorong aku utk teruskan hidup ini....

dan aku nk kongsi 1 entri khas berkenaan sabar drpd pokcik google (Cinta Illahi)...

Sabar itu indah. Dan sabar itu membahagiakan.

Sabar itu sememangnya indah. Namun tidak semua orang dapat mempraktikkannya. Apabila mendengar perkataan sabar, ada juga manusia yang akan melenting. Alasannya, kerana bukan orang lain yang berada ditempatnya. Maka, orang begini lemah tahap kesabarannya.


Manusia Membesar Dengan Kesabaran
Sabar. Senang diungkapkan, namun terasa payah dipraktikkan. Ini benar.
Apabila bercakap mengenai sabar dan kesabaran. Sebenarnya kita sudah bercakap mengenai sebahagian daripada iman. Kerana sabar itu adalah cabang keimanan yang sangat tinggi darjatnya. Makanya, orang-orang yang sabar semasa hayatnya di dunia, akan diangkat darjatnya di akhirat sana.
Cuba ya kita amati. Ibu bapa berkahwin, lalu melalui kehidupan yang penuh suka dan duka. Semua itu dengan kesabaran. Lalu si Ibu tadi mengandung selama 9 bulan dengan pelbagai alahan dan penat lelah sehinggalah si ibu tadi melahirkan seorang bayi ke dunia. Semua itu beserta kesabaran.
Lalu, kedua orang tua anda mencari rezeki dan mendidik anda sedari kecil sehinggalah anda meningkat dewasa lalu cemerlang dan berjaya dalam hidup. Itu semua penuh lelah. Dan semuanya tidak akan kesampaian melainkan ada sifat sabar dalam diri kedua ibu bapa anda.
Nampak? Anda dikelilingi pengaruh sabar.
Kadang-kadang, sebagai manusia, ada sahaja yang akan merungut dan bersoal jawab dan mempersoalkan kenapa ALLAH lakukan begini dan begitu pada dirinya. Sedangkan masih banyak lagi orang lain yang ALLAh perlu uji selain dia.

Allahuakbar.

Apabila bercakap seperti di atas, tidakkah manusia itu malu terhadap diri sendiri dan kepada Tuhannya yang menciptakannya? Atas dasar apa dan keistimewaan apa serta jaminan apa yang boleh membuatkan lidah seseorang boleh menuturkan ayat sedemikian rupa?

Oh. Mungkin manusia terlupa..

Dahulu, manusia hebat yang 100% ALLAh berjanji mereka akan dimasukkan syurga, juga menerima ujian yang lebih hebat daripada manusia yang ada di zaman ini.

Siapa mereka?

Para Nabi, Kekasih ALLAh SWT.

Mereka Yang Diberikan Ujian, Lalu Bersabar
Apabila disapa dengan dugaan, kita kerap terlupa bahawa ada insan lain yang berada diluar sana lebih dahsyat yang mereka hadapi berbanding masalah yang kita hadapi. Nah, manusia. Sering hampir mati apabila ALLAh ingin mencuiy sedikit.

Nabi Nuh A.s
Anda masih ingat dengan sirah Nabi Nuh? Nabi Nuh berdakwah dan mengajak kaumnya untuk mengenal ALLAh SWT dalam tempoh 950 tahun. Dan anda tahu hanya berapa orang sahaja yang beriman dengannya? Cuma ada 80 orang. Bayangkan, 80 orang selama 950 tahun!
Dapat bayangkan betapa berat bebanan perasaan dan amanah yang terpaksa dipikul oleh Nabi Nuh?
Tetapi Nabi Nuh tetap bersabar dan bersabar dan bersabar. Sehinggalah suatu hari Nabi Nuh diperintahkan oleh ALLAh untuk membuat kapal nakhoda yang sangat besar di atas bukit. Tanpa banyak soal, Nabi mengerjakan apa yang diperintahkan oleh ALLAh SWT.
Dalam masa yang sama, kaum Nabi Nuh berhari-hari mengejek Nabi Nuh dan menuduh baginda orang gila kerana membina kapal ditempat yang mustahil ada air. Ketika tiba hari yang ALLAh kehendaki, anak dan isteri Nabi Nuh termasuk dalam golongan yang rugi kerana mereka sendiri tidak beriman dengan apa yang dibawa oleh Nabi Nuh.
Nabi Nuh bersedih? Ya. Tetapi tidak pernah mempersoalkannya kepada ALLAh.
Letakkan pula diri sahabat semua jika berdakwah dalam arus yang sama. Bagaimana?

Nabi Zakaria A.s
Umurnya ketika itu sudah mencapai usia yang sangat tua. Manakala isterinya pula mandul, dan mereka tidak mempunyai waris. Tetapi Nabi Zakaria bersabar dan terus berdoa kepada ALLAh. Sedangkan, di sisi yang lain, dakwahnya juga tidak ramai yang menerima. Dan keadaan yang sudah lanjut tidak menjamin kesihatannya.
Kenapa Nabi Zakaria berdoa untuk dikurniakan cahaya mata? Kerana dengan harapannya, semoga usahanya dapat diteruskan oleh anaknya kelak.
Ada Nabi Zakaria merungut? Tidak. Bahkan Nabi itu apabila berdoa memohon sesuatu, ia akan berkias dan tidak meminta secara terus kepada ALLAh. Kerana apa? Kerana ia malu terhadap-Nya.

Nabi Muhammad SAW
Rasulullah SAW kekasih ALLAh. Dan tempatnya semestinya di syurga.
Rasulullah disisihkan. Dituduh sebagai orang gila. Dilemparkan najis. Dicederakan oleh musuh dan dibaling batu serta banyak lagi angkara umatnya terdahulu. Adakakah Baginda merungut? Tidak sesekali!
Bahkan Baginda terus melangkah untuk menyebarkan dakwah dengan keyakinan dan kecintaan kepada ALLAh SWT. Malah Bagind juga diuji dengan pemergian orang-orang yang menjadi teman dikala susah dan senang. Dan, sebenarnya, dugaan terhadap Baginda sudah bermula sejak Baginda didalam kandungannya ibunya, Siti Aminah.
Dan Nabi lain seperti Nabi Musa, Nabi Yusuf, Nabi Isa.. Mereka manusia mulia.
Para Nabi dan kita, manusia biasa. Jika mereka yang memang telah dijanjikan syurga sejak berada di dunia lagi, telah diberikan ujian yang dahsyat. Jadi mengapa tidak kita?

Apa alasan untuk kita tidak menerima ujian?

Apa kedudukan dan keistimewaan kita berbanding mereka?

Fikirkan persoalan ini.

Semoga ALLAh merahmati.


 terdetik rase dihati utk post kan video nih lps bace dr status yg ditag di fb oleh Puan Normala...