ape yang bahaya atau x? ye la....seperti yg anda semua sedia maklum...aku kan tengah mengandung..dh nk masuk 2 bulan...dan pada masa yg sama baru 5 bulan yg lepas aku buat pembedahan kandungan luar rahim...so aku search la pasal bahaya @ tak mengandung lepas operate....nanti kandungan dh besar akan pecah ke tmpt operate aku tu....hmm...mcm2 yg bermain di fikiran ni....search punye search jumpe la article ni....jom kongsi ye...sharing is caring....n mintak izin tuan punye blog asziemiworld....
PARUT PEMBEDAHAN
Adakah Parut Bedah Pecah Jika Hamil Lagi?
Dr Fauziah Mohd Hassan
Pembedahan sebegini boleh dilakukan melalui pembukaan yang sama di kulit iaitu secara melintang di bahagian bawah perut ataupun secara menegak di antara pusat hingga ke pubis.
Keadaan ini amat berbeza bagi parut pada rahim (dalam abdomen) yang terbentuk setelah pembedahan caesarian dilakukan. Kekuatan parut yang terbentuk pada rahim bergantung kepada beberapa faktor.
Penyembuhan yang sempurna tanpa jangkitan kuman semasa proses penyembuhan. Tanda jangkitan berlaku pada parut rahim ialah pengeluaran darah nifas yang busuk, pendarahan nifas yang banyak, demam dan sakit perut. Parut yang dijangkiti kuman semasa proses penyembuhan akan menjadi lemah.
Apabila doktor membincangkan tentang kekuatan parut dan kemungkinan berlakunya pecah pada parut pembedahan caesarian semasa kehamilan atau semasa proses bersalin, yang dirisaukan ialah parut pada otot rahim bukan parut pada kulit. Ramai pasangan keliru mengenai fakta parut ini. Oleh itu seseorang ibu yang telah menjalani pembedahan caesarian dan ingin mencuba melahirkan anak yang seterusnya secara normal perlu dipastikan bahawa parut pada otot rahimnya kuat (tidak ada faktor yang melemahkannya seperti yang dibincangkan di atas) dan saluran kelahirannya (tulang pelvis) cukup besar dan tidak sempit (cephalopelvic disproportion).
Parut rahim yang pecah boleh menjejaskan nyawa ibu dan anak yang dikandung. Keadaan ini boleh menyebabkan pendarahan yang banyak. Lazimnya kadar parut yang pecah bagi “lower segment caesarian section” adalah antara 0.5% -2 %. Risiko parut pecah berlaku lebih tinggi jika terdapat faktor-faktor yang melemahkan kekuatan parut itu ataupun jika telah terdapat lebih daripada satu pembedahan caesarian.
so...kat perenggan ni berkaitan dgn kes aku....lega sket hati nih...
Pembedahan lain seperti pembedahan untuk membuang sista, kandungan luar rahim (ectopic pregnancy) tidak diambil kira untuk menentukan kekuatan parut pada rahim. Pembedahan-pembedahan lain tidak membabitkan pembedahan dan pembentukan parut pada rahim melainkan jika pembedahan dibuat pada rahim seperti pembedahan untuk membuang fibroid semasa tidak hamil. Risiko untuk parut pada rahim pecah adalah lebih tinggi jika seseorang ibu mengalami kesakitan untuk bersalin (labour).
Menggugurkan janin dengan melakukan prosedur “D&C” adalah tidak dibenarkan mengikut undang-undang di Malaysia. Prosedur ini juga boleh melukakan dinding rahim dan mempunyai komplikasinya yang tersendiri.
Post 















0 komen:
Post a Comment